Sunday, July 26, 2009

Berkenalan dengan H1N1

Apakah influenza A (H1N1) itu ?
Influenza A ( H1N1 ) adalah sejenis penyakit saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus. Ada tiga jenis virus (A, B, C) yang dapat mengubah (change),dan ada beberapa subtipe. Dan yang terpenting diketahui adalah karena ia mampu menyerang semua usia, dan lokasi dalam mutasi-mutasi virus yang sering menyebabkan komplikasi serius dan bahkan kematian pada banyak orang, sering terjadi pada anak-anak dan orang tua.

Apakah flu itu sama dgn flu biasa yg disebabkan udara dingin ?
Tidak, walaupun keduanya adalah pernafasan akut dan gejala penyakit yang umum, maka mahluk yg kecil yang menyebabkan INFLUENZA A (H1N1) berbeda dengan flu biasa (common cold-influenza).


Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) mendapati virus baru influenza A (H1N1) yang menyebabkan wabak selesema babi telah tersebar tanpa dikesan sejak beberapa tahun lepas, sebahagian besarnya berpunca daripada babi.Ketua Bahagian Influenza di pusat tersebut, Dr. Nancy Cox berkata, berdasarkan satu kajian yang dijalankan pihaknya, babi adalah punca jelas yang membawa kepada pandemik tersebut.‘‘Keputusan kajian itu menunjukkan keperluan global untuk menjalankan pengawasan yang lebih bersistematik berkenaan virus tersebut pada babi,’’ katanya kepada pemberita melalui telefon.Laporan oleh Cox bersama sekumpulan penyelidik antarabangsa dalam jurnal sains itu menyebut virus berkenaan ‘mungkin telah tersebar tanpa dikesan di kalangan kawanan babi di suatu kawasan di dunia ini’.Kumpulan penyelidik itu turut mengesahkan campuran gen manusia, babi dan burung dalam virus terbabit yang telah menjangkiti lebih 11,000 orang di 42 buah negara, serta membunuh 86 orang.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini hampir mengumumkan status pandemik penuh terhadap virus tersebut.Penyelidik berkata, campuran gen itu sama seperti campuran pelik lain yang menjangkiti babi, namun ia memang tidak pernah dilihat sebelum ini.Mereka turut menyusun secara jujukan kod genetik 70 sampel berasingan virus terbabit yang diperoleh dari AS dan Mexico.‘‘Kami boleh mengenal pasti dari mana setiap gen itu berasal,’’ kata Cox.Virus baru itu merupakan satu campuran yang terhasil daripada campuran-campuran lain termasuklah sejenis virus yang ditemui pada 1998 yang mengandungi elemen manusia, burung dan babi.Ia turut mengandungi sedikit selesema Eurasian termasuk satu segmen yang mempunyai kaitan dengan sampel yang diperoleh daripada seorang pesakit di Hong Kong yang dijangkiti selesema babi pada 1999.Bagaimanapun, penyelidik berkata, kemunculan campuran baru virus itu masih menjadi satu misteri.



Rasulullah SAW dengan sebiji limau

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Saturday, July 25, 2009

Misteri Batu Melayang, Batu Isra' Mi'raj Nabi Muhammad


Ada yang menyebutnya sebagai batu terbang atau batu gantung. Ada yang menyebutkan sebagai batu pijakan Nabi Muhammad saat akan mi'raj ke langit. Sang batu ingin ikut terbang ke langit, tetapi dilarang oleh nabi, sehingga berhenti dalam posisi melayang hingga sekarang.

Banyak yang percaya begitu saja gambar dan cerita tersebut. Tetapi tak sedikit juga yang bertanya-tanya. Apakah batu tersebut benar-benar ada? Benarkah itu foto asli?

Setelah beberapa lama mencari-cari kebenaran cerita dan foto tersebut, akhirnya ada kejelasan yang diperoleh dari forum diskusi berbahasa arab. Ternyata foto batu ini sudah tersebar jauh dan juga menimbulkan 'kehebohan' di antara mereka. Jika dalam versi indonesia, embel-embel ceritanya adalah tentang kisah isra' mi'raj di atas, maka dalam forum berbahasa arab itu cerita pengiringnya berbeda. Tidak mengenai isra mi'raj. Di situ diceritakan bahwa batu ini berasal dari wilayah Al Ahsa (bukan Al Aqsa), di bagian timur Arab Saudi, di sebuah desa bernama Al Tuwaitsir. Sang batu, konon ceritanya, tiba-tiba melayang setinggi sekitar 10 cm di suatu hari di bulan April, tanpa sebab yang jelas.

Seorang anggota forum tersebut menanggapi dengan menyatakan bahwa ia hidup di wilayah tersebut dan tidak pernah melihat ada batu yang terbang melayang. Ia pun kemudian memberikan foto-foto batu yang dimaksud. Dan ternyata, memang batu tersebut ada, namun mempunyai penyangga di bawahnya. Foto asli batu tersebut menunjukkan bahwa memang batu tersebut cukup unik. Dan dengan mengambil sudut pemotretan yang tepat, dilanjutkan dengan manipulasi hasil pemotretan dengan photoshop atau program pengolah gambar lainnya, orang dengan mudah menghilangkan penyangga tersebut untuk memberi kesan sebagai batu yang melayang di udara.

Berikut adalah foto-foto batu asli dari berbagai sudut pengambilan gambar:

Bagaimana dengan batu yang merupakan pijakan Nabi saat ber-isra'mi'raj? Di samping ini adalah gambar batu tersebut. Ia berada di Yerusalem, Palestina di wilayah Masjid al Aqsha. Batu inilah yang dilindungi dengan bangunan yang kita kenal sebagai simbol Palestina, yaitu Masjid berkubah Emas, Dome of the Rock, atau Qubah al Shakhra atau masjid Kubah Batu. Apakah batu ini melayang? Wallahua'lam, sepertinya tidak.

Jadi, semoga kita tidak terburu-buru percaya dengan cerita-cerita heboh, ajaib, yang diembel-embeli dengan kisah-kisah islami atau dihubungkan dengan kekuasaan Allah.

Jangankan cuma batu sebesar itu, Allah pun berkuasa untuk mengangkat bukit Thursina ketika mengambil sumpah kepada kaum Yahudi. Tetapi, kalau memang batu tersebut tidak melayang, tidak terbang, dan ternyata merupakan hasil manipulasi foto belaka, apakah kita akan tetap menyebarkan foto-foto tersebut? Apalagi kisah sang batu yang ingin ikut Nabi ke langit tersebut juga tidak jelas sumbernya.

Semoga halaman ini bermanfaat untuk kebenaran.


Penuhilah tuntutan agama

MALAM dan siang dijadikan Allah SWT untuk kesempurnaan setiap hamba-Nya. Ramai beranggapan malam hanya untuk berehat dan tidur selepas penat bekerja pada siang hari, yang mana ia anggapan salah. Ini kerana Allah SWT menjadikan malam juga untuk beramal dengan janji pahala dan keberkatan besar kepada mereka yang sanggup mengorbankan rehat pada waktu malam untuk mendekatkan diri kerana Allah. Jabir berkata, dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam hari adalah suatu ketika (yang berkat) jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia dan akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya. Keadaan ini ada pada setiap malam.” (Riwayat Muslim) Sehubungan itu, perlu diingatkan yang malam bagi setiap Muslim yang beriman bukan waktu yang perlu dihabiskan hanya untuk tidur atau bersuka-suka di tempat hiburan, sebaliknya ia waktu paling sesuai untuk berehat dan beramal. Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya bangun beribadat pada waktu malam adalah sangat berkesan (dalam hati) dan lebih betul bacaannya.” (Al-Muzammil: 7) Ini bermakna adalah lebih baik daripada berbual kosong sambil menghirup teh tarik berjam-jam lamanya tanpa memperoleh apa-apa dan lebih berbahaya membuka kepada mendapat dosa akibat mengumpat dan melihat benda yang diharamkan.

Friday, July 24, 2009

Tanda-tanda cinta itu hadir

Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

Pesanan Ayahku

Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…

Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..

AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.

AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.

AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal
Kerana dia sudah pergiI ke BATU NESAN!!!

“Sayangi dan hormatilah bapa,ayah,abah,abi,babah,daddy,dad dan segala apa yang anda panggil seorang insan yang bergelar bapa dan suami sementara mereka masih hidup.Kerana merekalah insan yang telah membesarkan kita,memberi kita makan,memberi kita minum dan melayan karenah kita ketika kita masih kecil